CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

GA : ahmad hasif & wootwoot


  1. Follow blog iniwootwoot dan ahmad hasif.com    완료
  2. Like dua fan page dorg.   완료
  3. Share post ini di TWITTER or FACEBOOK atau blog  완료
  4. Komen ‘saya dah join’ di post  iniwootwoot.comatau post di ahmadhasif.com   완료
Tempat Pertama : Rm 100
Tempat Kedua  : Rm 80
Tempat Ketiga : Rm 50
Tempat Keempat : Rm 30
Tempat Kelima : Rm20

GA [sitiatikah.com] Bulan Ramadhan


join GA lgi~~
jom kite uat check-list syarat dia dlu oke.

  1. Tulis tajuk entri “Giveaway [sitiatikah.com] Bulan Ramadhan”   완료
  2. Pada entri tu tulis yang ada giveaway ni ..  완료
  3. Letak link di comment   완료
so the GAI is ~,~
 
RM 260 (RM 100 + RM 50 + RM 50 + RM30 + RM 20 + RM 10)

Domain + Hosting

Topup RM 20

Kad Raya

Keychain Singapore

Keychain Sarawak

1 CD Trust Port Total Protection edition 2011
 
Tarikh tutup : 20hb August 2011
Menggunakan random.org untuk mencari pemenang ..

Sponsor :-

hamba ALLAH

Wednesday, August 17, 2011

Salam Nuzul Quran

IN THE NAME OF ALLAH MOST GRACIOUS MOST MERCIFUL 

Assalamulaikum w.b.t..



”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
 Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(al-‘alaq:1-5)


Salam Nuzul Al-Quran buat muslimin dan muslimat.
Mukjizat teragung yang ditinggalkan untuk kita semua manfaatkan.

sama2 kita mencari lailatulqadr


Wednesday, August 10, 2011

salahkah aku??

IN THE NAME OF ALLAH MOST GRACIOUS MOST MERCIFUL 
                     Assalamulaikum w.b.t.

utk umat islam semua.. yg bkn islam salam ceria dri cikBALQIS..
smakin sibuk lately.. :( mana tidak nya nk fikir kerja, masak utk berbuka *practice make perfect oke.. <-- yg xpercaya,meh dtg rumah.. lol.lol.lol.. nak tngkatkan amalan yg ganjaran blipat kali ganda lgi *mangkuk tingkak ad la huhu..yg penting amalan yg istiqomah itu perlu ada.. :)

sekadar hiasan sahaja~~ oke~~
entri kali cikBALQIS nk kongsikan pengalaman tarawih la plak.. pengalaman yg ada perisa geram + sakit ati.. yg smpai skrg cikBALQIS ngt tw~~ *geram.. peristiwa dimana cikBALQIS nak tegur kesalahan org lain..
cerita pasal sejadah!! *apa kena mngena ngn sejadah?? bukan nak kata smua la ye.. tpi sebilang BESAR kaum hawa nie..*xtw kaum adam ad jgk spt ini???  klo solat kt masjid @ surau msti bawa sejadah sendiri kan..oleh kerana, tue sejadah dorg.. dorg xkn share ngn org len.. 

So, ceritanya bermula apabila cikBALQIS stay di antara 2 org macik nie..
time tue da start solat terawih.. apabila pak imam sruh luruskn saf,cikBALQIS pn apa lgi luruskan saf..
apabila luruskan saf,macik yg sebelah kanan cikBALQIS ckp
'dik,tue kan sejadah awk,yg awk pergi kt sejadah macik knape??'*blur skejap* ape lgi cikBALQIS pn ckpla
'macik,kn pak iman suruh luruskan saf, so sye luruskan saf la..' cikBALQIS
macik trus jawab 'tpi pak iman xsuruh share sejadah??' apa lgi cikBALQIS terus tersnyum yg amat manis skli..*senyum sumpah seranah ad.. huhu
ble tengok macik sebelah kiri plak, macik terus ckp,
'yg ko pndg sini wat pe.. solat je la kat sjdh sndri..nie ak bli kat mekah mse ak buat haji, jdi ak xnk share ngn org' grrrr.. geramnya cikBALQIS hanya ALLAH je yg tw..
naseb baik msih stabil klo x nak je blas balik ngn ayat cm nie
'macik2 ku yg disygi, okeh naty macik2 da ninggal sye sow 
org yg kebumikan tue tanam skali ngn sejadah tue'
haha.. pastu trus pndah tempat sbb xmood nk stay kt situ lgi.. bkn je pndh, niat pnya bek nk buat 23.. last2 buat 11 je.. :(

P/S; xsalah pn kita kongsi suami sejadah..dgn perkongsian itu i.ALLAH, ALLAH ltak kn kberkatan dan mengeratkan lagi hubungan kita sesama manusia.. & lgi satu, di bulan ramadhan kurangkn la dendam N sakit hati tue.. cuba maafkan org lain skli jgn lupa.. 


pesanan ditaja oleh budak yg selalu pelupa,

Saturday, August 6, 2011


IN THE NAME OF ALLAH MOST GRACIOUS MOST MERCIFUL 

Assalamulaikum w.b.t..



happy.happy.happy.lalalalala..<-- mental xstabil
hari ini dalam sejarah..
bkn sejarah malaysia or wat eva..
tpi ni sejarah hidup cikBALQIS..
setelah 6 hari berada di bulan ramadhan 1432H..
hari ini baru berkesempatan utk
berbuka bersama family..
tpi bkn kt umah sndri =.=
kt umah nenek..
sbb umah nenek hnya memerlukan 
beberepa minit shje dri 
tmpat kje cikBALQIS..
wat eva,
mood ; excited jiddan jiddan..


p/s ; yg belum berkesempatan tue 'isbir'
'inna ALLAHa massabarin' 
mean ; sesungguhnya ALLAH bersama org2 yg sabar..



Monday, August 1, 2011

2'nd fasting without them


IN THE NAME OF ALLAH MOST GRACIOUS MOST MERCIFUL 

Assalamulaikum w.b.t..


1 Ogos 2011
hari bersejarah dlm hidup cikBALQIS
ape yg sejarah sgt tue ya..
that is


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
meraikan 1 Ramadhan bkn ngn keluarga.. *sad mood*
tahun lps ngn student MJ '10..
tahun nie ngn housemate + ofizmate..
nseb bek still kt Johor & Malaysia lgi *smile*

oleh krn,
taun kire 'st time "indiependant fasting"
so,xtaw la nk msak apa??
silap2, bazaar je jwb ya..
'mood ; lazycrazy' da kluar nie yg bhye nie..
haha..

apa pun, buka apa atau sahur apa
tue smua xpntg tpi yg pntg..
 amalan kita pada bulan yg pnuh
kaf.ba.ra.ta.nun..
apa dia anak2??? 
KEBERKATAN.. *dialog Khadijah Tan dlm Dunia Baru*
berbalik pd ayat td..
perbnyknlah amalan kita pd bln ini..
ngt bukan hanya pose je.. 
tpi amalan smpngn tue pntg jgk..
misalnya,bca al-quran,zikirullah,solat terawih.. dll..
sama2 la kite menuju kearah kebaikan..


 


p/s ; sebaik2 berbuka adlh sedikit air + 3biji kurma. Solat magrib dlu then baru 'melantak' ikut suke korg. yg pntg jgn lpe terawih plak tw.. huhu

jom sama2 menuju kearah kebaikan

Sunday, July 31, 2011

♥ Salam ramadhan ♥

IN THE NAME OF ALLAH MOST GRACIOUS MOST MERCIFUL 

Assalamulaikum w.b.t..



entry kali nie cikBALQIS nk make wish <-- da mcm ada HB plak..
oleh kerana esk pose..
& malam nie start terawih..*insyALLAH*
so,bln terlambat utk cikBALQIS nk ckp 
Salam Ramadhan utk smua umat islam..
♥♥♥♥

wish kt fb..
utk bebudak..~~

Kemasukan baru ke universiti..

Tarikh : 1 Ogos 2011
Nama U : University of Ramadhan Al-Mubarak
Course wajib : Berpuasa
Course special : Terawih
Course tambahan : Baca quran, zikir, solat sunat, sedekah & etc
Kelulusan : Ijazah Ketakwaan Kelas Pertama
Konvo : 1 Syawal

* Extra.. Tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat master
course : Puasa 6 bulan Syawal


insyALLAH fil jannah... 

Penyampai mohor2 besar diraja iblis mengumumkan bahawa semua syaitan akan bercuti selama sebulan dari 1 Ramadhan 1432H bersamaan 1 Ogos 2011M. Sebarang kerja over time tidak di benarkan. Pesanan utk semua umat islam di seluruh dunia bhw jika semasa percutian kami ada yang tidak solat bukan kami yang suruh. Ada yg tidak puasa bukan salah kami yg hantar runner blimknan. Kalau ada yg mengumpat bukan kami yg bagi idea. Semuanya tiada kena mengena dengan kami. Jadi jangan salahkan kami nanti. Semoga berjumpa lagi pd 1 Syawal 1432 H..



Jom tukar PESTA MAKAN RAMADHAN ke MADRASAH KEHIDUPAN

Thursday, July 28, 2011

♥ saya & RAMADHAN ♥

 IN THE NAME OF ALLAH MOST GRACIOUS MOST MERCIFUL


Assalamulaikum w.b.t..


Globalisasi kapitalis telah menyumbang kepada komersialisasi dan kehilangan nilai-nilai kerohanian yang merangkumi segala aspek kehidupan, termasuklah amalan keagamaan. Bagi orang Islam kehadiran bulan Ramadhan amat penting kerana ayat suci Al-Quran pertama kali diturunkan kepada Rasulullah S.A.W dalam bulan yang mulia ini. Umat Islam berpuasa pada siang hari sambil mengisi bulan ini dengan pelbagai amalan yang mulia seperti memperbanyakkan solat, bacaan Al-Quran dan juga zikir serta bersedekah.

Sudah menjadi kelaziman umat Islam berbuka puasa sama ada di masjid atau di rumah bersama anggota keluarga dalam persekitaran yang penuh dengan nilai kerohanian. Tetapi kini, semakin ramai golongan elit dan pertengahan yang tinggal di bandar-bandar besar berbuka puasa di hotel yang menawarkan juadah yang lazat serta amat membuka selera. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka menjamu pegawai-pegawai kerajaan, pelanggan, rakan niaga dan tidak kurang juga kaum keluarga.

Kini, Ramadhan telah menjadi sama seperti menyambut Krismas, telah dimanafaatkan sepenuhnya oleh industri pengiklanan untuk menggalakkan pengambilan makanan dan perkhidmatan yang berlebihan malah melampui batas. Ramadhan yang suatu ketika dulu menjadi satu bulan yang penuh dengan amalan kerohanian telah menjadi bulan pesta makanan, apa sahaja makanan yang sukar di dapati pada bulan lain, pastinya ada pada bulan Ramadhan.

Kini, lihatlah bagaimana pengaruh usaha yang berterusan kaum Yahudi dan Nasrani telah tidak mampu lagi dibendung oleh umat Islam sehinggakan pada bulan yang begitu mulia ini pun kita masih lagi tewas, apatah lagi pada bulan-bulan yang lain. Ya Allah hanya padaMu keluhanku ini…
Sejarah telah membuktikan bahawa salah satu usaha yang sedang dan berterusan oleh Yahudi dan Nasrani ialah berusaha untuk memastikan umat Islam seluruhnya hidup dalam keadaan kekeliruan, di mana amat membesarkan perkara yang kecil dan remeh dan memperkecilkan perkara-perkara yang besar.

Salah satu senjata yang sedang digiatkan oleh dua golongan musuh Islam itu ialah melalui pemakanan. Suatu ketika dulu kita memakan makanan yang diusahakan oleh petani-petani kecil yang mengunakan cara dan kaedah pertanian yang mampan dan bersifat alamiah, namun kini sebaliknya, hasil daripada didikan dunia barat yang kononnya moden dan saintifik, pada hari ini makanan yang kita makan hasil pertanian semasa sudah lagi tidak selamat. Sayur-sayuran hijau yang suatu ketika dulu membekalkan zat dan mineral yang bersifat anti-oksidan telah bertukar menjadi bahan penyebab utama kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser, asidifikasi darah malah kerosakan genetik.

Begitu juga dengan dunia penternakkan haiwan seperti ayam, daging, lembu, kambing dan sebagainya. Kegilaan pakar dan penyelidikkan yang hanya melihat hidup daripada satu aspek sahaja, iaitu keperluan fizikal semata-mata, akhirnya mereka sudah tidak lagi melihat apakah bahan dan kaedah yang digunakan suci dan baik malah yang pentingnya bagi mereka ialah hasil yang pantas, banyak dan menguntungkan semata-mata.

Para pengusaha pemprosesan makanan pula amat mementingkan rupa bentuk, rasa dan ketahanan makanan yang mereka proses semata-mata, kerana kesemua faktor ini menyumbang kepada kepentingan ekonomi mereka, cara ini yang diajarkan kepada mereka oleh musuh-musuh kita (Yahudi dan Nasrani) yang merupakan guru kepada mereka, di mana tempat mereka merujuk.
Ramadhan seringkali dikaitkan dengan keletihan dan kelesuan kerana perubahan pola makan yang ketara, biasanya ini berlaku kepada kebanyakan orang semasa menjalani ibadah puasa, namun begitu jika ianya terlalu mengganggu ditakuti mencacatkan kesungguhan ibadat puasa itu sendiri.

Sebagai satu cara yang boleh diambil bagi sesiapa yang sihat untuk mengimbangan keletihan akibat puasa, dicadangkan mengambil langkah-langkah berikut :-

  • Sebaik-baiknya masak juadah untuk berbuka sendiri dirumah, jika ada keperluan boleh dibeli di Pasar Ramadhan namun tidak digalakkan. Masak/beli juadah berbuka mengikut keperluan sahaja, jangan berlebihan. Bagi yang memasak sendiri dirumah kaedah memasak dan penggunaan bahan makanan aktif sangat digalakkan seperti gula perang, garam bukit, sayur-sayuran segar dan sebagainya.
    • Pemilihan juadah yang berlebihan adalah merupakan tanda kelemahan Hipotalamus yang bakal mengakibatkan gangguan pada daya tumpuan seseorang. Hipotalamus juga merupakan bahagian otak yang mengawal nafsu makan, jadi jika juadah berbuka terlalu banyak ianya akan mengganggu/membebankan Hipotalamus. Disni bermula kita hilang daya fokus/tumpuan/khusyuk semasa solat maghrib/isyak/terawikh nanti. Tandanya semasa solat fikiran kita akan menerawang kepada aktiviti/perkara lain seperti kerja-kerja yang masih belum siap dan sebagainya. Lebih teruk lagi jika sampai kita mengantuk atau menguap semasa dalam solat. Jadi adalah wajar disarankan kepada semua muslimin/muslimat untuk mengurangkan bilangan jenis juadah berbuka dan adalah baik memasak sendiri dirumah dengan seringkas yang mungkin. Ingat juadah yang ringan adalah asas keberkatan berbuka puasa,malah pada ketika ini elakkan membazir dengan cara proaktif iaitu dengan cara mengurangkan juadah.
  • Amalkan berbuka Puasa dengan 3 biji Kurma dan Air Mineral sahaja. Jangan makan nasi, makanan yang berat semasa berbuka, juga elakkan makanan yang terlalu banyak gula. Jika ada keperluan makanan manis disini adalah manis dalam bentuk yang ringan seperti manis asli kurma. Sebaik-baiknya tidak menghidangkan kesemua juadah makanan di atas meja makan semasa berbuka, jadikan amalan dengan hanya meletakkan kurma dan air mineral sahaja.
    • Kurma mengandungi mineral Potassium yang tinggi yang mana memulakan berbuka puasa dengan memakannya akan membantu mengaktif kerja pra-metabolisma oleh tiroid. Dimana Tiroid yang aktif akan menyusun serta mengatur keperluan zat, vitamin, nutrisi, mineral dan unsur surihan dalam makanan yang kita makan untuk dicernakan dengan sempurna oleh perut. Tiroid yang seimbang akan merembeskan cecair iodin dan kalsium pada makanan yang ditelan agar tepat dengan tanda/label sasaran bahagian sistem organ yang memerlukan makanan tersebut. Berdasarkan tanda/label inilah jus pencernaan dirembeskan setelah makanan sampai ke perut. Kurma juga mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa yang ringan dan mudah hadam untuk terus ditukar menjadi tenaga, sehinggakan ianya membuat kita terus rasa kenyang dan menyegarkan. Dalam kitab "al-Maktuubaat" hasil tulisan Siir al-Hindi menyatakan bahawa biji kurma pada asal dicipta daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s, sebab itu sesiapa yang memakannya akan terus menjadi darah daging dan rasa kenyang serta merta.
  • Lakukan dengan segera Solat Maghrib, bagi lelaki berjemaah di Masjid/Surau terdekat dan Perempuan lakukan dengan segera dirumah.
    • Puasa adalah rahsia akal, dimana mengawal makan akan membuatkan akal kita seimbang, bijak memilih, sangat kreatif serta menguatkan memori. Namun lebih besar daripada itu ialah Solat, Solat adalah rahsia akhlak, dimana terganggu solat akan terganggu akhlak kita. Solat adalah proses transformasi penyerapan tenaga semulajadi daripada alam kepada organ-organ tertentu dalam tubuh kita. Ini bermakna dengan melewatkan solat maka kadar punca tenaga akibat daripada penganjakan matahari ke satah yang lain menjadi semakin kurang,akibatnya kadar penyerapan tenaga alam kepada organ tertentu pada waktu itu makin berkurangan. inilah hikmahnya solat perlu disegerakan. Janganlah mengutamakan/berlebihan dalam berbuka puasa sehinggakan Solat Maghrib di lewat-lewatkan. Sebaik-baiknya berbuka dengan 3 biji kurma dan sedikit air mineral dan terus mengerja Solat, yang terbaik dan sangat dituntut lelaki yang baligh di Masjid/Surau manakala wanita dirumah masing-masing. Namum begitu ini tidak akan berlaku jika diatas meja penuh dengan juadah yang pelbagai rasa, rupa dan bau. Jadi semua muslimin dan muslimat sekalian, berubahlah pada Ramadhan tahun ini dengan cara yang terbaik kerana kita belum pasti lagi akan menemui Ramadhan yang berikutnya. Jika ini dilatih dari sekarang, percaya akan lahir dari rumah kita para bijak pandai,sarjana malah para duat yang bersedia untuk berkorban demi untuk kebangkitan Islam. Sesungguhnya pilihan ditangan anda...bisikan dan godaan Syaitan telah dihapuskan dengan rahmat Allah s.w.t pada ketika ini, yang tinggal hanya nafsu kita semata-mata...inilah masa untuk kita berubah...
  • Selepas Solat Maghrib bersegera Makan Malam, Makan Malam yang baik ialah satu makanan ruji(contohnya nasi, gandum, jagung dan sebagainya), satu jenis lauk dan satu jenis sayur. Pastikan mencecah secubit Garam Bukit menggunakan jari manis ke lidah sebelum makan untuk mengaktifkan fungsi gigi dan tiriod. Sebaik-baiknya tidak melengah-lengahkan waktu makan malam serta mengambil masa yang panjang untuk makan, ringkaskan makan malam seringkas yang mungkin. Akhiri makan dengan mencecah secubit Garam Bukit menggunakan jari manis ke lidah.yang lena. Selepas terawikh luangkan sedikit masa untuk tadarus atau sekurang-kurang membaca Al-Quran, sekurag-kurangnya satu mukasurat, sebaik-baiknya 5-10 mukasurat atau lebih.
    • Ingat buruk makan seseorang itu, buruk/pendeklah akalnya. Apabilah makan ingat 5 organ ini, iaitu perut, hati, buah pinggang, hempedu dan buah pinggang. Sebab itulah dalam Islam hikmahnya diwajibkan puasa, supaya organ-organ ini yang bekerja sepanjang tahun telah terbeban dengan tabiat makan kita yang berlebihan, jadi direhatkan organ ini pada siang harinya agar berlaku pemecahan glukogen tepu pada hari kita untuk ditukar menjadi tenaga, proses ini berlaku pada tahap yang penting, tahap pertama bermula daripada terbit fajar hinggalah ker waktu berbuka(pada tahap ini penguraian glukogen tepu akan mula berlaku(biasa disertai dengan tanda sedikit mengantuk terutama selepas zuhur-namun sebaik-sebaiknya jangan tidur,yang terbaik pada waktu ini melakukan kerja yang melibatkan lebih sedikit pemikiran dan penggunaan akal), tahap kedua, waktu berbuka puasa, waktu ini sedikit tenaga baru diperlukan bertujuan untuk memecah dan mencantumkan nutrien dan mineral yang terurai pada tahap pertama kepada bentuk yang ringkas dan senang ditukar bentuk, jadi sebahagian besar tujuan berbuka puasa bukanlah semata-mata untuk menghilang lapar dan dahaga, namum memerlukan tenaga segera untuk membantu proses ini agar tidak terbantut, inilah rasionalnya anda perlu makan makanan yang mudah dan senang serta ringkas proses penghadamannya. Sebagai booster fizikal untuk membantu agar fasa ini berlangsung dengan sempurna maka perlulah ada satu keadaan penyelarasan neuro dan fisiologi tubuh, ini semua akan berlaku apabila setiap pemikirang yang berfokus disertai dengan gerakan-gerakan yang sekata, inilah rahsia Solat Tarawikh yang banyak bilangan rakaatnya dan dilakukan dalam keadaan santai serta diselangi dengan kerehatan. Amat malanglah bagi sesiapa yang pada ketika ini tidur atau sekadar berbual-bual kosong, menonton tv dan sebagainya. Sudah pasti untuk kerja-kerja sebenar pada tahap kedua pemecahan glukogen tepu tidak akan berlaku dengan sempurnanya,melainkan hanya semata-mata keletihan sahaja.
  • Tidur awal, sebaik-baiknya tidak melebihi pukul 12.00 malam, ingat tiada tidur tanpa bersugi dan wuduk. Pastikan lampu ditutup dan tidur dalam suasana gelap atau cahaya yang samar sahaja, elakkan tidur dalam cahaya yang terang kerana ianya boleh menyebabkan kesan asidifikasi dalam darah yang menyebabkan kita keletihan pada keesokkannya. Maafkan semua orang, pasang niat untuk bangunan awal untuk Qiamullail dan sahur.
    • Tahap Ketiga akan bermula apabila kita tidur, sebab itulah dalam bulan Ramadhan tidur adalah satu aktiviti yang sangat penting dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Setelah kesemua glukogen tepu telah terurai ke tahap nutrien dan mineral yang ringkas sepenuhnya, maka ianya memerlukan kekuatan penyusanan dan pengagihan serta penukaran kepada bentuk tenaga yang diperlukan oleh sistem tubuh berdasarkan kepada kepentingan dalam mengekalkan keseimbangan (homeostasis) kehidupan. Ini semua akan berlaku apabila segala tekanan emosi, minda dan fizikal diredakan sepenuhnya melalui proses tidur yang delta ataupun juga amalam yang 100% bersifat rohani seperti tadarus dan sebagainya. Sebab itulah disaran tidur dengan sempurna, bersugi-membantu membersih mulut daripada tekanan bakteria jahat yang mengganggu, berwuduk-berupaya meleraikan tekanan radikal bebas secara fizikal pada lapisan kulit,malah juga meleraikan radikal bebas dalam bentuk rohani seperti dosa-dosa kecil akibat daripada kehidupan semasa, tempat tidur yang bersih-mengurang tekanan sekitaran seperti habuk, hama, bau busuk dan sebagainya, membaca doa tidur - melepaskan tekanan kebergantungan kita kepada makhluk kepada Allah s.w.t 100%, memaafkan kesalahan orang-melepaskan tekanan emosi, menghalalkan hutang -melepaskan tekanan fizikal daripada mengharapkan bayaran sehinggakan gangguan pada tidur, membaca ayat suci Al-Quran-melepaskan tekanan daripada gangguan yang tidak kelihatan, tidur dalam gelap-menghilangkan tekanan medan elektromagnetik daripada cahaya lampu yang akan menyebabkan kesusutan oksigen dalam darah dan sebagainya. Kesimpulannya tidur adalah satu amalan yang menyempurnakan tahap ketiga proses pembetulan sistem kehidupan semasa menghadapi ramadhan ini.
  • Sebaik-baik bangun untuk Qiamullail ialah pukul 3 pagi (mungkin sedikit susah, namum usahakan secara bersungguh-sungguh, badan yang betul-betul sihat sememangnya mempunyai kemampuan ini, jika tidak maknanya anda masih belum sihat dengan sempurna terutamanya bagi orang lelaki). Bangun, bersihkan diri daripada hadas, wuduk dengan sempurna, mulakan Qiamullail dengan solat sunat wuduk, taubat, tahajjud dan hajat. Sebaik-baik solat malam ialah berdiri membaca ayat-ayat Al-Quran dengan lebih lama daripada biasa. Bersahurlah pada bahagian yang hujung, iaitu dalam lingkungan 45 minit sebelum Imsak, jumlah maksimun boleh diambil semasa sahur ialah tidak melebihi jumlah makan malam tadi, namun sebaik-baiknya ¼ daripada jumlah makan malam sebelumnya. Bersahurlah jika terpaksa walaupun dengan kurma dan air mineral sahaja bagi mereka yang tidak suka bersahur. Jika juadah bersahur masih belum siap dan kita telah selesai Qiamullail adalah lebih baik menunggu dengan membaca Al-Quran bagi kaum lelaki, namun membantu isteri menyediakan juadah juga sangat digalakkan. Kepada surirumah/isteri/wanita ringkaskan juadah bersahur, jangan habiskan banyak masa untuk memasak, bahagikan juga masa anda untuk Qiamullail dan membaca Al-Quran. Disinilah peranan kerjasama dalam keluarga, suami dan anak ya ng dewasa perlu peka untuk meringankan kerja isteri/ibu. Bagi lelaki Solat Subuh Berjemaah di Masjid/Surau, manakala wanita bersegera solat di rumah masing-masing. Pastikan anda tidak tidur selepas subuh, jagailah sepanjang hari solat-solat wajib seperti Zuhur dan Asar dengan sesempurna mungkin, iaitu lelaki berjemaah di Masjid/Surau di tempat kerja atau sebagainya, manakala wanita jagainya solat dengan di awal waktu.
    • Bahagian adalah bahagian yang sangat penting, ialah proses pada tahap keempat dimana pada bahagian ini penukaran bahan kepada sifat tenaga 100% akan berlaku yang lahir melalui proses-proses yang berperingkat-peringkat. Ini kerana hipotalamus merupakan pusat berfungsinya empat hormon yang berpengaruh terhadap daya tumpuan iaitu serotonin, dopamine, norepinephrine dan acetycholine. Hormon-hormon ini diuja keluar melalui penyerapan tenaga alam semasa sujud dan rukuk pada waktu yang bermula daripada 3.00 pagi hingga 5.30 pagi,akhirnya menyelaraskan percatuman nya dengan enzim dan co-enzim yang dihasilkan melalui pembakaran nutrien pada tahap 1 hingga 3 sebelum ini. Hasilnya memberi reaksi psikologi klinikal yang melahir 4 sifat utama iaitu tenang, sabar, ikhlas dan redha. Disinialh hikmahnya ganjaran yang berganda-ganda Allah s.w.t letakkan pada sesiapa yang menghidupakan 2/3 akhir malam, ini semua sebagai latihan kepada manusia supaya apbila berakhir Ramadhan semua momentum ini dapat diteruskan menjadi rutin kehidupan seharian. Jangan rosakkan semua ini dengan makan sahur yang berlebihan atau tanpa sahur langsung selepas daripada Qiamullail, ini kerana bersahur dengan sederhana menggantikan tenaga yang susut semasa memadankan tenaga alam yang diserap dengan enzim/co-enzim tadi, namum tidak bersahur langsung akan menyebabkan berlakunya kelompangan tenaga yang mengakibat keletihan yang amat terasa selepas Zuhor pada siangnya,manakala berlebihan sahur akan mengakibat bebanan pada sistem penghadaman dan sistem hormon yang akan mengakibatkan kita sangat mengantuk pada waktu paginya terutama pada waktu Dhuha. Tidur selepas waktu Subuh juga boleh menyebabkan terhentinya proses pada tahap ke-empat ini kerana hilangnya fungsi Hipotalamus sebagai koordinator pencantuman tenaga dengan enzin/co-enzim, akibatnya sifat yang baik tidak terbentuk dan lebih teruk lagi enzim/co-enzim yang telah terhasil tadi tidak digunakan dan akan mendap pada darah yang boleh mengakibatkan sakit sendi, pedih pada ulu hati, sesak nafas dan juga sakit kepala.
  • Semua perkara yang ditekan diatas adalah perkara yang sedikit luar daripada kebiasaan kita, juga disini saya tidak menekankan beberapa perkara seperti doa berbuka puasa, doa makan, doa sesudah makan dan beberapa amalan sunnah yang lain kerana saya menganggap anda sudah melakukannya, bukannya ianya tidak penting, semoga sangkaan ini menjadi realiti kehidupan anda seharian.                                                                



    P/S cikBALQIS : bagi sesiapa yg nk share o nk "kopi & paste" pn boleh.. boleh disebar2kn pada rakan2 yg lain




    kopi & tarik dri ..RK-i..